RM5.4 juta untuk 37 projek pembangunan kampung baru di Negeri Sembilan

Iklan
Arul Kumar (kiri) ketika meninjau kerja-kerja menaiktaraf gelanggang bola keranjang di Pekan Mantin.scx

SEREMBAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan memperuntukkan sebanyak RM5.4 juta untuk 37 projek pembangunan di kampung-kampung baru seluruh Negeri Sembilan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ia melibatkan peruntukan yang disalurkan setakat Julai lalu di negeri ini.

Arul Kumar (kiri) ketika meninjau kerja-kerja menaiktaraf gelanggang bola keranjang di Pekan Mantin.scx

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diperuntukkan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi melaksanakan projek menaik taraf pembangunan di kawasan masing-masing.

"Antara projek yang akan dilaksanakan adalah termasuk kerja-kerja menaik taraf longkang, menurap jalan, menaik taraf kemudahan gelanggang bola keranjang dan dewan orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Ujarnya, terkini kerja-kerja menaik taraf gelanggang bola keranjang di Pekan Mantin telah dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM 116,000 oleh JPKK Kampung Baru Mantin untuk keselesaan penduduk setempat.

"Ia melibatkan penutupan ruang keliling gelanggang dengan zink, menukar jubin tempat duduk dan membuat laluan orang kurang upaya (OKU) sekali gus memberi kemudahan yang selesa kepada pihak yang menggunakannya," katanya.

Iklan