PRK Mahkota: Peratusan keluar undi awal lebih tinggi berbanding PRU

Iklan
Ramlan ketika bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses undi awal di Pusat Mengundi Dewan Mahkota, Kem Tentera Mahkota pada Selasa.

KLUANG - Peratusan keluar mengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat jam 10 pagi Selasa, menunjukkan jumlah lebih tinggi berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah pengundi keluar bagi tiga pusat mengundi mencapai 35.47 peratus, berbanding 18.6 peratus pada tempoh sama PRU lalu.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan peratusan yang agak tinggi berbanding PRU lepas.

"Berdasarkan perkembangan ini dan cuaca yang baik, kita harap boleh capai lebih 90 peratus pengundi awal keluar mengundi," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses undi awal di Pusat Mengundi Dewan Mahkota, Kem Tentera Mahkota di sini pada Selasa.

Iklan

Proses pengundian awal PRK DUN Mahkota hari ini membabitkan 4,510 tentera dan pasangan serta 401 polis.

Sebanyak tiga pusat mengundi dibuka iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim.

Iklan

Bagi Pusat Mengundi Dewan Mahkota di Kem Mahkota ini, seramai 3,865 tentera dan pasangan terbabit bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Ia menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.