MAHA 2024 labuh tirai penuh gemilang dan kenangan

Iklan
Orang ramai berpeluang menunggang kuda.

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung bermula 11 hingga 22 September menawarkan 48 segmen merangkumi pelbagai bidang pertanian, teknologi dan inovasi.

Beberapa segmen utama termasuklah Kingdom of Fruit, Laman Sayur dan Herba, Laman Perikanan, Laman Ternakan dan Laman Mekanisasi.

Pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam secara tergantung di Laman Sayur dan Herba.

Iklan
Iklan

Setiap segmen ini direka untuk memenuhi minat dan keperluan khusus yang lebih luas meliputi seluruh ekosistem berkaitan rantaian nilai agro makanan.

Penganjuran MAHA 2024 turut dimeriahkan dengan 14 Pavilion Negeri termasuk satu dari Wilayah Persekutuan, masing-masing menampilkan budaya, makanan, dan produk tempatan negeri tersebut.

Pavilion@Laman Padi memenangi Anugerah Paling Interaktif.

Iklan

Setiap pavilion direka dengan ciri-ciri kenegerian yang unik, menawarkan pelbagai produk agromakan, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), serta pameran budaya dan seni tradisional.

Kanak-kanak berpeluang bergambar bersama maskot.


Usahawan mempromosikan produk keluaran masing-masing.


Persembahan kebudayaan di Pavilion Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).


Pengalaman memancing udang.


Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat ketika berada di tarikan baharu MAHA 2024, Floating Market.


Lembu sado jadi tarikan utama di Laman Ternakan.

Iklan