Leeds United tambah kapasiti 37,645 ke 53,000

Iklan
Stadium Elland Road

LEEDS United akan meningkatkan lagi kapasiti Stadium Elland Road kepada 53,000 tempat duduk, kata kelab Liga Kejuaraan tersebut.

Kelab barat Yorkshire yang berada di kedudukan ketiga liga itu menggariskan rancangan untuk memodenkan stadium yang kini boleh menampung 37,645 penyokong The Whites.

Iklan
Iklan

Sebagai rekod, Elland Road yang terletak di Beeston, ketika ini merupakan venue bola sepak ke-14 terbesar di England.

Pertambahan itu akan menyaksikan venue kelab kendalian Daniel Farke menjadi gelanggang kelab ketujuh terbesar di England.

Iklan

"Saya teruja dalam komitmen kami ke arah mengalu-alukan ribuan lagi penyokong-penyokong The Whites untuk setiap perlawanan Leeds United," kata Pengerusi Leeds dan Presiden 49ers Enterprises, Paraag Marathe.

Penjualan tiket semasa di Elland Road telah habis dijual setiap perlawanan sejak enam tahun lalu.

Iklan

Malah terdapat dalam kalangan 26,000 penyokong dalam senarai menunggu untuk tiket musim bagi mengikuti perlawanan kelab tersebut.