202 mangsa banjir di Pulau Pinang terima sumbangan khas PM

Iklan
Shamsul Iskandar (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan bencana di Dewan Sungai Dua, pada Selasa.

BUTTERWORTH - Seramai 202 ketua isi rumah yang terjejas dengan banjir di Pulau Pinang menerima sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Perdana Menteri dan Kerajaan sangat prihatin dan terkesan dengan mereka yang diuji dengan musibah banjir ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas turun meninjau sendiri keadaan mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan di Kedah, Perdana Menteri tidak melupakan rakyat yang terjejas dengan bencana sama di Pulau Pinang.

"Sumbangan khas sebanyak RM500 diberikan Perdana Menteri kepada keluarga terkesan yang berdaftar dengan pusat pemindahan sementara (PPS) dan akan disusuli dengan bantuan RM1,000 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Iklan

"Mudah-mudahan dengan bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka untuk memperbaiki apa yang rosak selepas daripada banjir ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bantuan kepada mangsa bencana di Dewan Besar Sungai Dua, di sini pada Selasa.

Sementara itu beberapa penerima yang ditemui menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan Perdana Menteri yang membantu mereka yang ditimpa kesusahan akibat bencana baru-baru ini.

Hamid

Iklan

Bagi Hamid Hashim, 69, yang tinggal di Kampung Lahar Yooi, banjir yang berlaku mengakibatkan perabut dan barangan elektrik di rumahnya rosak.

Katanya, dengan wang sumbangan yang diterima akan digunkan untuk membeli almari dan katil yang rosak serta barangan keperluan lain.

"Syukur sangat dengan bantuan yang diterima ini, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban kami di sini," katanya.

Mohd Azhari

Seorang lagi penerima, Mohd Azhari Yaacob, 57, berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan dia kerugian lebih RM15,000 selepas kesemua barangan didalam rumahnya rosak ditenggelami air.

"Banjir kali ini air naik mendadak dan menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barang dan perabut di rumah.

"Beberapa hari juga kami terpaksa tinggal di PPS, namun syukur kerana semua kebajikan kami dijaga dengan baik,"katanya lagi.

Mary

Turut berkongsi rasa sama, Mary Nanthan, 65, dari Kampung Stesen, Nibong Tebal yang memaklumkan sumbangan diterima akan digunakan untuk membeli katil berikutan dia tidak boleh tidur di lantai atau sofa berikutan menghidapi sakit di bahagia pinggang.

"Gembira sangat dengan bantuan yang diterima ini, boleh lah saya beli katil baharu kerana semua sudah tenggelam dalam banjir yang berlaku baru-baru ini," katanya.