KPM buat penilaian kelas pendidikan bersesuaian anak pengikut GISBH

Iklan
Fadhlina (dua dari kiri) melawat salah satu reruai semasa Program Yayasan Petronas Powering Knowledge: Stem Hub Program Duta Guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang di sini pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan masa untuk membuat penilaian terhadap semua anak pengikut Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) sebelum mereka memulakan kelas pendidikan 1 Oktober depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penilaian pendidikan itu termasuk dari segi latar belakang, persekitaran sosial dan pendedahan pendidikan yang mereka terima sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kementeriannya akan menentukan sama ada kanak-kanak tercicir itu boleh kembali ke sekolah arus perdana bersama anak-anak lain selepas melalui beberapa fasa penilaian terbabit.

"Kita akan melihat semua aspek bukan sahaja pendidikan agama Islam, tetapi dalam literasi dan numerasi, sektor sosial serta penguasaan mereka dalam aspek akademik serta sahsiah secara keseluruhannya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Yayasan Petronas Powering Knowledge: Stem Hub Program Duta Guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Fadhlina turut mengulas mengenai peraturan rakaman dan siaran gambar pelajar di media sosial dalam kalangan pendidik.

Iklan

Beliau memberitahu, KPM telah mengeluarkan garis panduan itu pada 21 Ogos lalu yang menjadi peringatan penting dan signifikan untuk dipatuhi semua pihak.

"Dalam garis panduan ini kita sudah peringatkan kepada guru berhubung kebenaran kepada ibu bapa apabila ingin membuat kandungan media sosial.

"Saya harap garis panduan ini dipatuhi sepenuhnya oleh pendidik yang saya yakin mereka dapat mematuhinya," tambah beliau.