[VIDEO] NGO serah memorandum cadangan tarik balik gelaran Datuk Pengerusi GISBH

Iklan

MELAKA - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini mencadangkan Istana Melaka menarik balik Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) kepada Pengerusi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Iklan
Iklan

Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Anak Bangsa Melaka (PKABM), Wan Ahmad Afiq Noordin berkata, ia berikutan siasatan pihak berkuasa menerusi Op Global terhadap Datuk Nasiruddin Mohd Ali berhubung tuduhan serius, termasuk isu pemerdagangan manusia.

Wan Ahmad Afiq (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Amirul Hakim (empat dari kiri) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Selasa.

Menurutnya, meskipun individu terbabit belum didapati bersalah oleh mahkamah, namun isu yang terkait dengannya didakwa telah memberi impak negatif kepada persepsi masyarakat terhadap penganugerahan pingat kebesaran negeri yang dianugerahkan kepadanya pada 25 Ogos lalu.

Iklan

"Ini telah mencemarkan nama baik negeri Melaka kerana menonjolkan seorang individu yang kini terlibat dalam kontroversi besar.

Wan Ahmad Afiq ketika sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

"Lebih memburukkan keadaan selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah menetapkan ajaran yang diamalkan oleh GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya fahaman batiniah yang melampaui batas agama Islam," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum cadangan penarikan balik pingat itu kepada wakil Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Penolong Setiausaha Kerajaan Pejabat Yang dipertua Negeri Melaka, Amirul Hakim Mohd Yusof di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut Wan Ahmad Afiq berkata, pihaknya juga telah melancarkan petisyen rakyat di laman sesawang change.org sejak Ahad lalu dan telah berjaya mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen.

"Ini jelas mereka turut menyokong penarikan balik darjah kebesaran itu sekali gus mencerminkan keresahan dan kebimbangan mereka terhadap isu ini.

"Kami mohon Istana Melaka mempertimbangkan penarikan semula pingat untuk pastikan Melaka terus dikenali sebagai negeri yang menyanjung tinggi integriti dan moraliti," katanya lagi.