PUTRAJAYA - Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman mengesahkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah ditamatkan pada Isnin.
Mohd Khairuddin ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Iklan
Iklan
"Betul saya bukan lagi Ketua Pengarah J-KOM," katanya pada Selasa.
Mohd Khairuddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac lalu menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November tahun lalu.
Ditanya adakah beliau dimaklumkan alasan ditamatkan jawatan itu, Mohd Khairuddin meminta agar pihak media mendapatkan penjelasan daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Fahmi berhubung perkara tersebut.
J-KOM sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi sejak Disember tahun lalu.