Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM

Iklan
Seramai 8,195 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Seramai 8,195 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU 2024 di 187 pusat peperiksaan di seluruh negara, mengikut KPM dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

KPM memaklumkan calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2024 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula jam 10 pagi pada 1 Oktober sehingga 6 petang 7 Oktober ini.

Kaedah lain adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Iklan

Sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 1 Oktober sehingga 6 petang pada 7 Okober ini. - Bernama

Iklan