GISBH: MB menghadap Sultan Selangor hari ini
Iklan
Amirudin Shari
SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyembah maklum mengenai perkembangan isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada Selasa.
Amirudin berkata, bagaimanapun urusan berkaitan agama Islam di negeri berkenaan secara asasnya adalah di bawah kelolaan Sultan Selangor sepenuhnya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah memanggil menghadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan polis beberapa hari lalu.
"Saya juga telah diberikan taklimat daripada sebahagian mereka dan kita sedang mengambil langkah-langkah susulan yang agresif.
Iklan
"Insya-ALLAH saya akan menghadap Tuanku hari ini. Banyak hal akan dimaklumkan dan ini juga perjumpaan mingguan dengan baginda,” katanya pada Selasa.
Menteri Besar ditemui selepas merasmikan sesi dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam di sini.
Iklan
Mengulas lanjut, kata Amirudin, perubahan taktik berkaitan GISBH yang berlindung di bawah entiti perniagaan menjadi antara punca isu tersebut didakwa agak lewat untuk didedahkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Percepat bina benteng pemecah ombak - ADUN Jeram" /><meta itemprop="description" content="Percepat bina benteng pemecah ombak - ADUN Jeram
Kerajaan digesa menyediakan peruntukan membina benteng pemecah ombak di beberapa lokasi 'hotspot' di sepanjang pesisir Pantai Remis hingga Pantai Jeram di Kuala Selangor bagi menangani ancaman fenomena air pasang besar, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menyegerakan projek itu bagi mengelakkan kesan lebih serius kepada kira-kira 300 penduduk dan peniaga di kawasan pelancongan berkenaan. 
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/687287/edisi/selangor-kl/percepat-bina-benteng-pemecah-ombak---adun-jeram
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PesisirPantaiRemis #BentengOmbak #Jeram #AirPasangBesar" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-09-24T07:22:10.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/X3Mq21cycZ0gv9Ly2/x180" /><meta itemprop="duration" content="P74S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x965gjm" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x965gjm"></script>