Kluang bakal jadi hab logistik Johor

Iklan
Onn Hafiz (tengah) menunjukkan laporan pencapaian inisiatif Maju Johor 2022-2024 di Saujana pada Selasa.

JOHOR BAHRU – Lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi bakal dinikmati di Kluang, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota apabila kawasan itu bakal menjadi hab logistik Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ), turut membawa limpahan ekonomi kepada penduduk Kluang.

Iklan
Iklan

"Terdapat maklum balas kerajaan negeri hanya tumpu pembangunan di kawasan selatan Johor, daerah-daerah lain tidak diberikan tumpuan, saya hendak nyatakan itu adalah fakta yang tidak benar.

"Saya lihat kawasan daerah Kluang ini akan jadi hab logistik untuk negeri. Ini kerana Kluang berada di tengah-tengah Johor dan pelbagai projek infrastruktur sedang berjalan.

Iklan

"Antaranya Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru, pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan naik taraf jalan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temubual di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana di sini, pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, beliau berkata, bagi mengatasi masalah kesesakan di bandar Kluang, satu jalan pintasan akan dibina dengan peruntukan berjumlah RM60 juta.

Jelasnya, jalan pintasan sepanjang 2.1 kilometer (km) itu akan dibina dari Taman Muhibah ke Layang yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna jalan raya setiap hari.

Menurut Onn Hafiz, peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk membina jalan pintasan tersebut sudah dimohon sejak dua tahun lalu dan dijangka diluluskan dalam tahun ini.

"Ini akan menjadi ‘game changer’ (pemangkin perubahan) yang memastikan kesesakan dapat di kurangkan. Pengguna jalan raya tidak perlu lagi masuk ke pusat bandar sebaliknya menggunakan jalan pintasan,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Kluang menerima peruntukan RM122 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan termasuk DUN Mahkota.

Jelasnya, peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan jalan negeri berjumlah RM26 juta, jalan pihak berkuasa tempatan (RM32 juta), jalan Persekutuan (RM59 juta) dan lampu isyarat sera lampu jalan (RM2 juta).

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon memberitahu, Kluang setakat ini sudah menerima peruntukan RM305,000 untuk bidang kesihatan.

Katanya, ini melibatkan bantuan untuk bantuan kepada 61 pantri klinik dan hospital selain tiga program klinik bergerak maju Johor serta skim ubat pos melibatkan 1,1171 penerima.