Op Global: Polis Kedah serbu operasi GISBH

Iklan
Fisol (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Selasa.

SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengesahkan telah melakukan serbuan dan pemeriksaan di tiga daerah membabitkan operasi Op Global yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, serbuan dilakukan selaras arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam Op Global fasa empat bagi mengumpul bahan bukti dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian kepada media semasa Pelupusan Barangan Kes Trafik dan Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini, pada Selasa.

Tambahnya, semua hasil laporan siasatan diserahkan ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Iklan

Difahamkan tiada tangkapan dibuat dalam operasi membabitkan daerah Kuala Muda, Kulim dan Kubang Pasu itu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan GISBH telah lumpuh dan usaha menyelamatkan ahli serta mangsa melibatkan kanak-kanak sedang giat dijalankan.

Iklan

Dianggarkan GISBH mempunyai ahli sekitar 10,000 orang termasuk kanak-kanak di seluruh negara.