Bahan bacaan Al-Arqam ditemui di rumah amal, sekolah milik GISBH

Iklan
Polis memeriksa buku yang ditemukan di sebuah rumah amal dan sekolah milik Global Holdings (GISBH) di Gong Kulim pada Selasa.

KOTA BHARU - Polis Kelantan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik Global Holdings (GISBH) di Gong Kulim pada Selasa.

Melalui operasi selama dua jam bermula 9 pagi itu, polis menemukan kesemua bahan bacaan itu yang disembunyikan dalam stor rumah amal berkenaan.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan polis di lokasi turut mendapati 10 kandang kuda di lokasi berkenaan sudah dikosongkan, namun lebih 500 ekor ayam ditinggalkan di dalam reban berdekatan kandang.

Sebelum itu, pasukan operasi yang turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu terpaksa memecahkan pintu rumah dan sekolah kerana premis berkunci dan tiada penghuni.

Iklan

Premis dan rumah amal terbabit dipercayai didiami lebih 60 penghuni tetapi sudah dikosongkan selepas polis menyerbu kediaman mereka di Panji Sabtu lalu.

Media sebelum ini melaporkan, polis melakukan serbuan di kediaman pemimpin dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.

Iklan

Melalui operasi itu, puluhan buku ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.