Duit simpanan RM542,444 lesap terpedaya tawaran kerja

Iklan
Gambar hiasan

MUAR - Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM542,444.89 lesap sekelip mata akibat terpedaya dengan tawaran kerja yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa yang berusia 44 tahun telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook dan telah ditawarkan peluang pekerjaan iaitu menjual barang elektronik dan barangan kesihatan secara dalam talian.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa juga telah dijanjikan dengan pulangan komisen lumayan antara 10 peratus hingga 30 peratus dari nilai jualan.

"Pengadu diminta mendaftar sebagai ejen melalui satu laman sesawang yang diberikan dan seterusnya mendahulukan wang sendiri sebagai modal untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Iklan

"Oleh kerana berminat dan percaya dengan tawaran tersebut mangsa telah mendaftar sebagai ejen jualan dan mulai 28 Ogos hingga 15 September 2024.

"Mangsa telah membuat transaksi ke lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM542,444.89.

Iklan

"Mangsa akhirnya menyedari telah ditipu apabila gagal mengeluarkan sebarang keuntungan yang dijanjikan suspek," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.