PUM gesa pemimpin antarabangsa bertindak, henti kekejaman Zionis

Iklan
Mohd Roslan

KUALA LUMPUR - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa pemimpin antarabangsa dan organisasi hak asasi manusia segera bertindak menghentikan serangan dilakukan rejim Zionis ke atas Lubnan.

Setiausaha Agung PUM, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, serangan itu jelas menunjukkan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta hak kemanusiaan yang telah menyebabkan kematian, kecederaan orang awam dan kerosakan harta benda.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu juga seolah Zionis dengan sengaja mengganggu keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.

"Tindakan tegas mesti diambil bagi melindungi rakyat yang tertindas di Lubnan dan Palestin.

Iklan

Pada Isnin, serangan udara tentera Israel ke atas Lubnan mengorbankan sekurang-kurangnya 492 orang awam termasuk 35 kanak-kanak.

Serangan dilakukan itu bagi membunuh sebilangan besar anggota pejuang Hizbollah dengan menyasarkan kira-kira 1,600 lokasi di selatan dan timur Lubnan.

Iklan

Hizbollah bertukar serangan hampir setiap hari dengan Israel sebagai solidariti terhadap Hamas.

Mohd Roslan berkata, PUM menyokong penuh gerakan penentangan Lubnan bagi menyokong rakyat Palestin, terutamanya di Gaza yang terus menjadi mangsa serangan kejam dan sekatan menindas.

Katanya, kesepaduan yang terjalin antara gerakan penentangan Lubnan dan Palestin memberi

mesej jelas bahawa umat Islam tidak akan membiarkan Gaza berjuang sendirian di medan pertempuran.

"Penentangan ini akan berterusan sehingga tanah Palestin dibebaskan sepenuhnya dan hak-hak rakyatnya dipulihkan.

"PUM menyeru semua negara Islam dan rakyat yang mencintai keadilan agar memperkukuh kerjasama dalam menyokong penentangan terhadap rejim Zionis serta terus memberi bantuan ke atas Lubnan dan Palestin," katanya.