GIBS tiada kaitan dengan GISBH

Iklan
GIBS menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan GISBH yang sedang disiasat polis berkaitan dakwaan eksploitasi kanak-kanak.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Dalam satu kenyataan GIBS memaklumkan, GIBS merupakan gabungan profesional yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, gabungan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain.

"Kami berharap dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan dapat dielakkan.

Iklan

"Terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan anda kepada GIBS dan GIBS Ecotourism Resort Sdn Bhd (GIBS Eco)," katanya menerusi kenyataan.

GISBH sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak.

Iklan

Kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Selain itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan pihak berkuasa agama memandang serius isu berkaitan GISBH terutama melibatkan ajaran sesat disyaki diamalkan kumpulan itu.