Allahyarham Ustaz Safri siapkan hampir 2,000 episod My #QuranTime

Iklan
Hussamuddin ketika ditemui di Surau Bukit Kuda pada Selasa.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Pemergian Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Allahyarham Ustaz Safri Muhammad Zein satu kehilangan besar kerana berjaya menyiapkan hampir 2,000 episod My #QuranTime sepanjang empat tahun ini.

Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kejayaan itu melambangkan legasi dan pencapaian Allahyarham sepanjang berkhidmat di bawah syarikat tersebut sejak 2014.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, Allahyarham memegang tanggungjawab penting dalam memastikan kandungan program seperti My #QuranTime dan #QuranHour dapat dihasilkan dengan berkualiti dan menarik untuk tontonan masyarakat umum.

Jenazah Allayarham Safri dimandi dan disolatkan di surau berkenaan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Cemerlang untuk dikebumikan.

Iklan

Hadir sama Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

Allahyarham sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV sejak tahun 2020 dan mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak 2014.

Iklan

Menurut Hussamuddin, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai berita pemergian tersebut berikutan Allahyarham baru sahaja dilihat melibatkan diri dalam penggambaran program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya pada Sabtu lalu.

Ulasnya, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang bersikap tawaduk, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyakiti hati sesiapa.

"Setiap kali kami warga Kumpulan Karangkraf mengadakan solat berjemaah bersama, Allahyarham yang akan memimpin.

"Allahyarham juga merupakan satu tempat untuk warga WUIF ini mengadu dan mencari solusi. Jadi saya kira ini akan memberi kesan besar kepada semua," menurutnya.