Undi tak percaya: Nik Nazmi selar Pas guna 'gimik murah'

Iklan
Nik Nazmi

KLUANG - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar tindakan Pas yang didakwa sengaja menjadikan desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai gimik semata-mata.

Sedangkan menurutnya, pentas muktamar sepatutnya digunakan untuk mengetengahkan isu-isu yang dihadapi rakyat.

Iklan
Iklan

"Nampaknya (cabaran ketika) Muktamar (Pas) tu main-mainlah. Itu ialah platform tertinggi parti Pas untuk membicarakan isu-isu yang dihadapi rakyat dan negara.

"Mereka tidak menyentuh sangat tentang soal periuk nasi rakyat. Tentang soal keutamaan rakyat tetapi mereka akan terus menggunakan gimik-gimik murahan seperti ini membakar sentimen kaum dan agama.

Iklan

"Apa yang dibangkitkan di situ (Muktamar Pas) bukan untuk bergurau senda tetapi kalau dia cakap isu, contohnya nak suruh PM letak jawatan, nak suruh itu ini dan sebagainya, sewajarnya itu ialah satu gesaan yang serius," katanya ketika ditemui pemberita ketika program ziarah kasih, di Taman Ilham, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Anwar tidak sepatutnya melenting apabila diberi tekanan dan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Iklan

Tuan Ibrahim juga mendakwa Anwar berada dalam ketakutan jika pembangkang mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri menerusi undi tidak percaya.

Anwar ketika berucap dalam Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat: Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Selangor, pada Jumaat, mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya sebagai Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Cabaran itu selepas Dewan Pemuda Pas membuat usul dalam muktamar parti baru-baru ini supaya Anwar meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga menyifatkan tindakan Pas itu juga sebagai terdesak disebabkan berlaku peralihan sokongan komuniti Melayu.

"Cabaran dia ialah apabila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dapat menjuarai. Contohnya, ke depan dalam isu Palestin dan mendapat penghormatan daripada banyak negara-negara Islam di peringkat alim ulama tempatan dan antarabangsa," katanya.