Pendaki terseliuh daki Gunung Bubu

Iklan
Seorang wanita tercedera selepas tergelincir ketika mendaki Gunung Bubu di Gerik pada Selasa. Foto ihsan Bomba Perak

GERIK - Seorang wanita cedera di kaki akibat tergelincir ketika menjalani aktiviti mendaki Gunung Bubu di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.04 pagi bagi membawa turun mangsa yang berusia 31 tahun itu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian.

"Mangsa berada pada jarak 600 meter dari titik permulaan dan pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan terseliuh pada bahagian kaki.

Iklan

"Mangsa kemudiannya dibawa turun oleh pasukan bomba menggunakan pengusung selepas memberi rawatan awal," katanya.

Tambah Sabarodzi, mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Gerik.

Iklan

"Operasi berlangsung lebih sejam tamat pada jam 11.41 pagi," katanya.