Pengamal undang-undang perlu licinkan proses pemerkasaan peraturan, banteras gejala rasuah

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Pengamal undang-undang seharusnya melicinkan proses pemerkasaan peraturan dengan mencari jalan bagi membanteras gejala rasuah dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah, Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain berkata, pihak berkuasa perlu akui bahawa mereka sedang berhadapan dengan golongan masyarakat yang kurang cakna terhadap tatakelola dan jenayah rasuah.

Iklan
Iklan

"Kita tidak boleh menunggu keadaan bertambah baik sambil memeluk tubuh.

"Hal ini dapat dilihat dalam reaksi sebahagian rakyat yang menganggap usaha kerajaan dalam membanteras rasuah ini perkara remeh dan kerana agenda politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah mendenda seorang penjual ulam sebanyak RM2,000, selepas mengaku bersalah merasuah seorang anggota polis di Baling, Februari lepas.

Zulkifli Yaakob, 63, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Iklan

Lelaki itu didakwa memberi suapan RM350 kepada seorang anggota di Balai Polis Baling, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang tidak berkastam atau barang larangan iaitu air putih disyaki air law (sejenis air memabukkan).

Mengulas lanjut, Abdul Rahman memaklumkan suatu hukum mempunyai dua aras iaitu akta dan perlembagaan yang berbentuk prinsip serta aras amali.

Ujarnya, tidak dinafikan ada hukuman boleh menerima perubahan disebabkan elemen tertentu yang mempengaruhi faktor latar belakang kesihatan fizikal dan mental pelaku.

"Perubahan boleh dilakukan oleh hakim selepas menganalisis faktor serta bukti yang berkaitan.

"Saya berpandangan kaedah ini menzahirkan dinamika akta daripada menjadi suatu hukum yang kaku kepada bentuk yang lebih progresif sesuai dengan objektif perlembagaan iaitu merealisasikan kemaslahatan rakyat,” tambahnya.