Syarikat penerbangan Turkiye gantung penerbangan ke Lubnan

Iklan
Turkish Airlines dan Pegasus Airlines membatalkan penerbangan mereka ke dan dari Lubnan kerana risiko yang meningkat - Foto: Agensi

ISTANBUL - Syarikat penerbangan Turkiye, Turkish Airlines dan syarikat penerbangan tambang rendah negara itu, Pegasus Airlines, membatalkan penerbangan mereka ke dan dari Lubnan kerana risiko yang meningkat, lapor Xinhua pada Selasa, memetik media tempatan.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Lubnan, menjejaskan penerbangan ke dan dari Beirut yang dijadualkan pada Rabu, menurut akhbar Haberturk.

Iklan
Iklan

Pada masa ini, tiket dari Istanbul ke Beirut tidak tersedia untuk Rabu di laman web Turkish Airlines, walaupun tempahan untuk Khamis kekal dibuka.

Untuk beberapa waktu, kedua-dua syarikat penerbangan telah mengehadkan operasi mereka kepada penerbangan siang hari atas sebab keselamatan, disebabkan konflik yang berterusan di rantau itu.

Iklan

Sementara itu, Pegasus memperkenalkan peraturan baharu yang melarang membawa alat kelui atau atau peranti radio dalam penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut.

"Ini terpakai kepada semua beg peribadi, bagasi kabin dan kargo, dengan rampasan oleh pegawai keselamatan lapangan terbang jika dilanggar," kata syarikat penerbangan itu di laman webnya Jumaat lepas.

Iklan

Minggu lalu, letupan alat kelui serentak di Lubnan mengakibatkan lebih 30 kematian dan ribuan kecederaan. Berikutan serangan itu, kerajaan Israel mengumumkan bahawa Israel memasuki"fasa baharu" dalam konfliknya dengan Hizbullah. - Bernama