Polis bongkar stor penyimpanan dadah jenis MDMA

Iklan
Polis Pulau Pinang membongkar stor penyimpanan dadah MDMA dan merampas pelbagai jenis dadah lain bernilai RM590,100 di sebuah rumah di Jelutong pada Isnin lalu. - Gambar hiasan, gambar kecil: Hamzah Ahmad

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar stor penyimpanan dadah jus minuman (MDMA) dan merampas pelbagai jenis dadah lain bernilai RM590,100 di sebuah rumah di Jelutong dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kejayaan itu susulan tangkapan seorang lelaki berusia 26 yang dibuat di kawasan parkir kereta di Jelutong kira-kira jam 4.25 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada suspek polis merampas 11 peket plastik pelbagai warna yang mengandungi dadah jenis MDMA seberat 259 gram bernilai RM3,300 dan 12 gram dadah jenis ketamin bernilai RM2,4000.

"Susulan daripada tangkapan itu membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Jelutong yang dijadikan stor penyimpanan apabila kita menemui 37,695 gram dadah jenis MDMA bernilai RM560,040.

Iklan

"Turut ditemui 75.80 gram dadah jenis ketamin,128 pil dadah jenis ekstasi, 10 pil eramin 5 dan enam bekas plastik disyaki cecair dadah seberat 47.70 gram di dalam rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hamzah berkata, hasil risikan mendapati sindiket terbabit baharu bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di negeri ini sejak Mac lalu.

Iklan

Jelasnya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 30 September depan untuk siasatan lanjut.

"Kita turut menyita sebuah kenderaan jenis Proton X50 yang digunakan suspek dan menjadikan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM680,100,"katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup sekiranya disabitkan kesalahan.