Taliban perketat kawalan media dengan sekatan baharu

Iklan
Saluran media kini dikehendaki merakam program terlebih dahulu, menyerahkan senarai tetamu untuk kelulusan dan menapis kandungan yang kritikal terhadap dasar Taliban - Foto: Agensi

ISLAMABAD - Kerajaan Taliban mengeluarkan arahan baharu kepada saluran media di Kabul yang melarang siaran langsung program politik dan kritikan terhadap undang-undang dan dasarnya, kata Pusat Wartawan Afghanistan (AFJC), menurut agensi berita Jerman (dpa).

Saluran media kini dikehendaki merakam program terlebih dahulu, menyerahkan senarai tetamu untuk kelulusan dan menapis kandungan yang kritikal terhadap dasar Taliban, kata AFJC dalam kenyataan lewat Isnin.

Iklan
Iklan

Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh memberi kesan kepada kedua-dua saluran media dan individu.

AFJC menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap arahan baharu itu, melihatnya sebagai"satu lagi percubaan untuk melemahkan dan menindas media bebas" di Afghanistan.

Iklan
Iklan

Organisasi itu merekodkan sekurang-kurangnya 21 arahan media yang dikenakan oleh Taliban sejak mereka kembali berkuasa pada Ogos 2021 yang"secara ketara" menyekat kebebasan media.