NEW YORK - Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermula di Ibu Pejabat PBB di New York pada Selasa, dengan penyertaan Presiden Negara Palestin, Mahmoud Abbas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sesi yang bertajuk:"Tidak meninggalkan sesiapa pun: bertindak bersama untuk kemajuan keamanan, pembangunan mampan dan maruah manusia untuk generasi sekarang dan akan datang," berlandaskan resolusi 58/126, menangani beberapa isu, terutamanya: keamanan dan keselamatan antarabangsa, pembangunan mampan dan teknologi.