'ADUN pembangkang Kelantan tak dapat peruntukan penuh' - Azli Yusof

Iklan
Azli (dua dari kiri) ketika Wacana Sinar edisi 457 bertajuk ‘MoU Kerajaan-Pembangkang: Jambatan atau Tembok?' yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian, bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa. - FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan didakwa hanya mendapat satu per tiga peruntukan daripada keseluruhan jumlah yang diberikan kepada ADUN kerajaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, perkara itu diketahuinya melalui semakan dengan ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan pembangkang di DUN Kelantan.

Iklan
Iklan

"Yang ada hanya satu per tiga peruntukan, bukan sama rata malah ia jauh berbeza, mungkin negeri Kelantan cuba meniru atau mengambil contoh daripada kerajaan negeri Selangor.

Azli - FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

"Tetapi, Selangor lebih baik disebabkan ada peruntukan mencukupi iaitu boleh buka pusat khidmat, gajikan pekerja atau pembangunan dan aktiviti lebih daripada satu per tiga," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika Wacana Sinar edisi 457 bertajuk ‘MoU Kerajaan-Pembangkang: Jambatan atau Tembok?' yang disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian, bertempat di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Antara panelis lain yang terlibat ialah ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abd Aziz dan hos, Ismail Adnan.

Iklan

Ketika siaran tersebut, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa bahawa negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) memberikan peruntukan sama rata kepada semua ADUN tanpa mengira parti.

Sementara itu, Azli turut berpandangan, setiap ahli Parlimen sama ada di blok kerajaan atau pembangkang perlu mengemukakan cadangan bernas untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara ketika ini.

Tambahnya, kedua-dua pihak perlu keluar daripada sentimen kebencian sebagai usaha mempelopori politik nilai.

"Apa yang ingin ditunjukkan dalam memorandum persefahaman (MoU) adalah memupuk politik nilai.

"Ia kerana sekarang ini menjadi kemelut dalam kalangan ahli politik sehingga terbawa-bawa kepada pengikut yang bebas berkata-kata di media sosial tanpa bukti nyata," ujarnya