Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus

Iklan
Tangkap layar ucapan takziah Mohamed Khaled Nordin kepada Koperal Petrus Linggi Liman di Facebooknya pada Selasa

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman,29, yang maut akibat terkena tembakan rambang ketika menjalani Eksesais Pasak Bumi di kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song, Sibu, Sarawak semalam.

"Saya menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan sama-sama kita doakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan terberat ini,” kata Mohamed Khaled dalam catatannya di Facebook.

Iklan
Iklan

Semalam, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataannya mengesahkan anggota daripada formasi 9 Briged di Sibu itu maut selepas terkena tembakan yang tidak pasti pada jam 2.45 pagi ketika menjalani latihan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu anggota berkenaan telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song pada 4 pagi dan dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut pada kira-kira jam 5 pagi.

Iklan

Bagaimanapun, anggota terbabit telah disahkan meninggal dunia jam 7.43 pagi hari yang sama di Hospital Kapit akibat kecederaan yang dialami dan satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu. - Bernama

Iklan