DHAKA - Sekurang-kurangnya 708 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh semasa demonstrasi menentang pemerintahan bekas perdana menteri Sheikh Hasina, kata kerajaan peralihan Bangladesh pada Selasa.
Bangladesh menyaksikan pemberontakan besar-besaran yang diketuai pelajar pada Julai dan Ogos, mengakibatkan penamatan pemerintahan 15 tahun Hasina selepas beliau melarikan diri dari negara itu pada 5 Ogos di tengah-tengah lonjakan penunjuk perasaan di Dhaka dan sekitar kediamannya, lapor Agensi Anadolu.
Iklan
Iklan
Berikutan pemergian Hasina, satu-satunya pemenang Hadiah Nobel Bangladesh Muhammad Yunus mengambil alih kepimpinan kerajaan peralihan dan berjanji untuk mengeluarkan senarai mereka yang terbunuh semasa pemberontakan Julai.
Senarai yang kebanyakannya terdiri daripada nama orang awam bersama beberapa anggota polis, dikeluarkan oleh Umme Habiba, timbalan setiausaha Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga.
Senarai itu akan tersedia untuk semakan awam sehingga 6 Oktober, membolehkan keluarga dan wakil si mati mengesahkan, membetulkan atau menambah nama, alamat dan butiran lain yang berkaitan.