Orang Islam saja kelirukan diri sendiri

Iklan
Walaupun nampak jelas label seperti 'halal food', 'pork free', 'Muslim friendly' atau 'no pork, no lard' mengelirukan, tetapi hakikatnya kita hendak juga masuk dan cuba makanan di situ!

MEMANG kebanyakan rakyat Malaysia terkenal dengan perangai suka mencuba pelbagai jenis makanan, terutamanya yang sedang viral.

Pantang ada peluang, ada sahaja lokasi menjual makanan atau restoran baharu yang hendak dituju, apatah lagi jika kita dapat tahu harganya 'marhaen' tetapi sedap.

Iklan
Iklan

Di kawasan perumahan Merak Jalanan, ada sebuah restoran mi tarik yang terpampang perkataan 'masakan Cina Muslim', namun tiada logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipaparkan.

Orang Islam yang datang menjamu selera punyalah ramai, termasuk ada seorang jiran Merak Jalanan sendiri pada awalnya. Namun sejak terjumpa perkataan 'pork' dalam buku menu mereka yang ditampal dengan kertas lain, dia berhenti berkunjung ke situ.

Iklan

Sebenarnya, dalam keghairahan memenuhi selera, kita kena berhati-hati dengan kedai atau restoran yang diragukan tahap kebersihannya, dan yang paling penting, memastikan ia memiliki sijil halal sah Jakim.

Tetapi apa yang menghairankan, kenapalah orang kita beria-ia juga hendak makan di premis yang tiada sijil halal?

Walaupun nampak jelas label seperti 'halal food', 'pork free', 'Muslim friendly' atau 'no pork, no lard' mengelirukan, tetapi hakikatnya kita hendak juga masuk dan cuba makanan di situ!

Bagi Merak Jalanan, kita tidak sepatutnya keliru kerana dalam Islam juga sudah jelas.

Iklan

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 menyatakan:"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu."

Jika kita umat Islam yang patuh, ikut sahajalah apa yang termaktub dalam al-Quran agar tidak pening kepala.

Kalau hendak makan di luar, pilih premis yang sudah disahkan halal oleh pihak berkuasa. Jika hendak lebih yakin, masak sahaja sendiri di rumah!