Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'

Iklan
Pesara guru kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan 'phone scam' pada 27 Ogos lepas. Foto hiasan

SEREMBAN - Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau 'phone scam' pada 27 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi seorang wanita menyamar pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan mangsa telah membuat pendaftaran ubah suai meter elektrik di kawasan Kuantan, Pahang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang menafikan berbuat demikian kemudiannya disambungkan kepada ‘anggota polis’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK Pahang).

"Penyamar polis itu memberitahu telah menjumpai 200 kad pengenalan di Taman Tas, Kuantan termasuk kad pengenalan milik mangsa.

Iklan

"Mangsa menafikan hal berkenaan dan panggilan disambungkan kepada seorang lagi penyamar Asistan Superintenden Datuk Yusri Hasan Basri untuk semakan kewangan sebelum mangsa diminta membuat pindahan wang ke dalam akaun bank untuk memastikan wang simpanan pengadu bersih dan tidak terlibat dengan pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat pindahan wang secara berperingkat berjumlah keseluruhan RM138,800 ke dalam beberapa akaun.

Iklan

Chang Hook berkata, selepas pembayaran dibuat pengadu masih lagi diganggu supaya membuat bayaran tambahan bagi urusan dokumentasi.

"Mangsa rasa curiga lalu berhubung dengan IPK Pahang untuk menanyakan permasalahan ini dan IPK Pahang menyatakan bahawa mangsa telah ditipu dan memintanya membuat laporan polis.

"Mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama