GISBH: Empat beranak direman di Mahkamah Kota Bharu bantu siasatan

Iklan
Empat individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman selama tiga hari bermula Rabu untuk membantu siasatan. Foto Bernama

KOTA BHARU - Seorang bapa bersama tiga anak lelaki yang disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Mereka turut disyaki melupuskan bahan bukti dengan menanam beberapa buku berkaitan di Kampung Panji di sini.

Iklan
Iklan

Kesemua empat beranak itu yang berusia antara 15 hingga 48 tahun tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.45 pagi dengan menaiki van polis.

Difahamkan, mereka ditahan di satu lokasi di Johor Bahru pada Selasa sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.

Iklan
Dua daripada empat beranak tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk permohonan reman

Perintan reman yang berakhir Jumaat itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Cetak 1984.

Media sebelum ini melaporkan polis menemukan puluhan buku ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu selepas menyerbu sebuah kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji.

Iklan

Melalui operasi berkenaan juga lebih 30 individu termasuk isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.

Polis Kelantan juga melakukan serbuan di rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh pada Selasa dan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam yang disembunyikan dalam stor dalam rumah amal.