Kakitangan Felda didedah ilmu kewartawanan

Iklan
Peserta Felda Media Class bergambar bersama Hussamuddin (tengah) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan agensi di bawahnya didedahkan dengan ilmu kewartawanan.

Kursus dikenali sebagai Felda Media Class yang dianjurkan oleh Sinar Harian itu dihadiri hampir 30 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Komunikasi Strategik Felda dan Unit Komunikasi Felda dari seluruh negara di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Ketua Komunikasi Korporat MSM Malaysia Holdings Berhad, Siti Noorbaya Mohd Yunus berkata, Felda Media Class yang dianjurkan itu membolehkan mereka memahami bagaimana kandungan berita disusun, dipilih dan disampaikan oleh wartawan serta penyunting.

"Sekarang kami lebih memahami jenis bahan berita yang diperlukan oleh media, sekali gus membantu kami menyediakan bahan yang tepat supaya berita boleh disiarkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Iklan

Eksekutif Dakwah Media Baharu Waqaf Felda, Akipah Deana Nazihah Munawir pula berkata, peserta diberi pencerahan mengenai pelbagai jenis kandungan digital seperti teks, video, imej dan audio.

Katanya, mereka juga didedahkan bagaimana kandungan tersebut digunakan untuk menarik perhatian khalayak, memberi maklumat atau menghiburkan khalayak melalui platform dalam talian.

Iklan
Peserta berbincang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam kursus. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Kami turut diajar untuk mengendalikan temubual bagi mendapatkan maklumat dan pandangan daripada individu serta memahami kepentingan temubual dalam pelbagai format media seperti artikel dan video,” katanya

Belajar cara berdepan wartawan

Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Felda Wilayah Kuantan, Nur Iftitah Ab Ghani berkata, kursus tersebut turut mengajar pihaknya bagaimana cara untuk berdepan dengan wartawan ketika sidang media.

"Simulasi media membolehkan kami mempelajari cara berkomunikasi dengan profesional semasa menjawab soalan wartawan dan peserta bersedia menjawab sebarang soalan provokatif dengan baik,” katanya.

Program selama setengah hari itu dimulakan dengan ucapan Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan media kepada masyarakat.

Zamri memberi penerangan kepada peserta mengenai operasi media di Malaysia dan luar negara. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Sesi kedua dikendalikan oleh Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli mengenai media utama antarabangsa dan etika kewartawanan.

Pengarang Eksekutif (Cetak) Sinar Harian, Azmi Tarmizi memberikan penerangan mengenai cara menyediakan siaran akhbar.

Sesi seterusnya dikendalikan oleh Pengarang Eksekutif (Cetak) Sinar Harian, Azmi Tarmizi berkenaan cara menyediakan siaran akhbar.

Pengarang Eksekutif (Digital) Sinar Harian, Ruzy Adila Idris memberikan penerangan mengenai fungsi media sosial sebagai medium hebahan maklumat. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pengarang Eksekutif (Digital) Sinar Harian, Ruzy Adila Idris pula menekankan mengenai kaedah dan cara bagaimana bahan dimuat naik ke dalam media sosial boleh menarik perhatian pembaca.

Kursus tersebut turut dilengkapi dengan simulasi sidang media yang menyaksikan wartawan mengajukan soalan seperti dalam situasi sebenar.