Hiburan terbaik di Astro, kini dengan RM41.99

Iklan
JUALAN JIMAT BESAR Astro menawarkan sehingga 100,000 Video On Demand termasuk siaran percuma saluran LOL bermula 1 Oktober 2024.

SHAH ALAM - Astro mengumumkan promosi terbaharunya dengan hanya RM41.99 untuk sebulan dalam masa yang terhad yang membolehkan pelanggan menikmati hiburan terbaik.

Astro dalam satu kenyataan berkata, bermula pada harga RM41.99, para pelanggan boleh menikmati pelbagai rancangan tempatan seperti Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, Tiara: Ternyata Sebuah Bahagia dan Astro Originals seperti"X-Change”, siri popular drama Cina, The Great Resonance.

Iklan
Iklan

"Mereka juga boleh menonton siri popular Tamil,"Pasanga Musim Ke-2” dan juga hiburan buat si kecil The Chosen One Musim Ke-2”, drama Korea, Queen Woo dan juga siri realiti paling lama, Survivor Musim Ke-47.

"Astro juga menawarkan siaran langsung sukan-sukan berprestij seperti Liga Perdana Inggeris, BWF Tournaments, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket dan Tenis,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut Astro, kini dalam dunia serba pantas, masa lebih berharga untuk diluangkan bersama keluarga.

"Astro komited untuk membantu para pelanggan meraikan masa berharga mereka dengan memberikan pakej yang berpatutan. Kepelbagaian hiburan di Astro menjadikan keluarga mudah untuk berkongsi pengalaman hiburan bersama,” katanya.

Iklan

Menurut Astro, para pelanggan boleh meningkatkan kualiti penstriman mereka dengan menambah Astro Fibre dalam langganan mereka.

Digabungkan bersama Pek Primary, Astro Fibre menyediakan pakej komprehensif internet berkelajuan 500Mbps dengan hanya RM149.99/sebulan (RRP: RM239.99) untuk 24 bulan.

Dengan menggabungkan keduanya, kandungan TV terbaik dan WiFi Kencang, Astro Fibre menyediakan kesemua dalam satu hiburan yang diperlukan anda.

Sementara itu, Astro turut mengumumkan bermula 1 Oktober 2024, saluran pra-tonton percuma, Laugh Out Loud (LOL) atau (Saluran 100) akan membawa anda selami hiburan komedi untuk seisi keluarga.

"Dari sitkom klasik ke komedi aksi, dan juga komedi seram, kami menyediakan pelbagai kandungan dalam Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan juga Inggeris,” kata Astro.

Saluran LOL akan membawakan filem kegemaran ramai seperti"Jumanji: The Next Level”,"Zombie Kampung Pisang”,"Senario The Movie”,"Zombieland: Double Tap” dan juga siri popular seperti,"Ghost”,"Malaysia Family Feud”, dan"Warung Sepahtu”. Tidak lupa, komedi popular Cina,"Once Upon A Time In China”, dan juga siri Tamil kegemaran ramai"Lucky Man”.

LOL (Saluran 100) boleh mula ditonton oleh pelanggan Astro bermula dari 1 hingga 31 Oktober 2024 dan ia boleh didapati untuk pembelian di NJOI, dengan tajuk terpilih boleh didapati di sooka.

Astro terus membawakan Pengalaman Terbaharu Astro ke seluruh Malaysia dengan siri jelajah Hello.

Dapatkan semua maklumat terkini mengenai Hello jelajah seluruh negara di https://promotions.astro.com.my/details/Hello.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99 untuk sebulan serta pemasangan percuma.