Penjenayah ada 26 rekod jenayah ditembak mati selepas ancam polis

Iklan
Kereta yang dinaiki suspek terbabas di bahu jalan sebelum dia dipercayai mati di lokasi kejadian.

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] GOMBAK - Seorang penjenayah yang mempunyai 26 rekod lampau dan bertindak agresif merempuh kenderaan polis ditembak mati dalam kejadian di Kampung Baru, Kundang, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menjalankan risikan bagi mengesan suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian pecah kedai di kawasan Damansara pada jam 1.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Setibanya pasukan polis di Jalan KBK 4, Kampung Baru Kundang Rawang, di sini, (jalan sehala) telah terserempak dengan suspek yang memandu kenderaan Jenis Nissan Grand Livina," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pasukan forensik polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembak di Kampung Baru Kundang, Rawang pada Rabu.

Hussein berkata, dalam kejadian tersebut suspek enggan memberhentikan kenderaan lalu bertindak mengundurkan keretanya secara laju dan sangat berbahaya lalu merempuh kereta milik pasukan polis dan orang awam.

Iklan

"Susulan daripada itu, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan itu dan mengakibatkan kereta yang dipandu suspek terbabas.

"Suspek telah terkena tembakan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia lingkungan lewat 30-an itu mempunyai 17 rekod jenayah dan sembilan rekod kesalahan berkaitan dadah.

"Daripada jumlah itu, suspek ada 10 rekod kes pecah rumah dan kedai. Suspek juga pernah dikenakan tindakan dibawah kesalahan Seksyen 15 (D) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959," ujarnya.

Menurutnya, polis turut menemui peralatan pecah rumah dalam kenderaan itu.

"Kita turut menemui tiga bilah parang, kapak pemotong besi dan kuku kambing yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.