Slot ikrar tampilkan Liverpool terbaik berdepan West Ham

Iklan
Arne Slot. Foto Agensi

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mahu menurunkan kesebelasan terkuat The Reds apabila melayan kunjungan West Ham United di Stadium Anfield dalam aksi Pusingan Ketiga Piala Liga pada awal pagi Khamis.

Namun Liverpool yang berstatus juara 10 kali kejuaraan berkenaan perlu menggilirkan skuadnya selepas kemenangan di AC Milan dalam Liga Juara-Juara dan kemenangan ke atas Bournemouth saingan Liga Perdana Inggeris.

Iklan
Iklan

"Penjaga gol, Alisson mengalami masalah otot jadi Caoimhin Kelleher akan bermain," kata Slot, sambil menambah penyerang Federico Chiesa, dari Juventus, sudah boleh bermain, namun tidak bersedia bermain penuh.

"Kami semua ingin memenangi sesuatu tetapi itu masih jauh. Kami perlu memenangi perlawanan ini esok.

Iklan

"Ia adalah perlawanan yang sukar menentang West Ham United,” kata pengendali kelahiran Bergentheim, Belanda berusia 46 tahun berkenaan.

Sementara itu, Slot teruja apabila mendapat kepercayaan daripada Trent Alexander-Arnold, yang bersama kelab itu sejak kecil, ketika dia berusaha mengisi posisi ditinggalkan bekas pengendali, Jurgen Klopp.

Iklan

Alexander-Arnold bintang The Three Lions, England, yang membuat 231 penampilan Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool, memuji Slot pada hujung minggu, mengalu-alukan kritikan daripada pengendali kelahiran Bergentheim, Belanda berusia 46 tahun berkenaan.

"Bukan selalu mudah untuk masuk dan menggantikan pengurus seperti Klopp,” katanya.

PIALA LIGA INGGERIS

Pusingan Ketiga

26 September (Khamis)

Arsenal lwn Bolton, 2.45 pagi

Liverpool lwn West Ham United, 3 pagi

2 Oktober (Rabu)

Newcastle United lwn AFC Wimbledon, 2.45 pagi