Selangor cadang warta Punten sebagai makanan tradisi negeri

Iklan
Punten adalah sejenis makanan tradisi Jawa Sabak Bernam, Selangor yang hampir sama seperti nasi himpit.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri bercadang untuk mewartakan punten sebagai makanan tradisi Selangor seperti nasi ambeng dan sate Kajang pada Fiesta Makanan Warisan Selangor November ini.

Makanan tradisi Jawa Sabak Bernam, Selangor itu adalah antara makanan tradisi bakal dihidangkan sempena fiesta makanan yang bakal berlangsung di Pantai Bagan Lalang, Kuala Langat.

Iklan
Iklan

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, fiesta makanan tahun ini memberi peluang orang ramai merasai pelbagai juadah tradisi seperti Jawa, Bugis, Banjar dan Minang yang popular di Selangor.

Borhan

"Kita jangka program diadakan awal November dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan mencemar duli merasmikannya.

Iklan

Dalam pada itu, Borhan turut berharap semua agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama memperkenal makanan tradisi dalam membantu memperkasa identiti Selangor.

Pada 2022, nasi ambeng telah diwartakan sebagai makanan tradisi dan warisan Selangor serta pewartaan itu dibuat Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Iklan

Selain nasi ambeng, sate Kajang yang sinonim dengan bandar Kajang sejak 1917 turut diwartakan sebagai makanan tradisi warisan Selangor.