Majistret tolak permohonan bebas 22 pengikut GISBH

Iklan
Mahkamah Majistret Shah Alam menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 individu dipercayai pengikut GISBH.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Majistret Shah Alam menolak permohonan bebas dengan bon jaminan terhadap 22 individu dipercayai pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada Rabu.

Permohonan terbabit dikemukakan 22 individu yang terdiri daripada wanita warga tempatan itu.

Iklan
Iklan

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman kemudiannya menolak permohonan bebas dengan bon jaminan itu di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Kesemua individu itu kemudiannya dibawa ke Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Iklan

Terdahulu, kesemua suspek terbabit yang memakai baju lokap tiba di mahkamah kira-kira jam 10 pagi.

Kesemua mereka dilihat hadir dengan diiringi dan dikawal ketat beberapa anggota polis lengkap bersenjata.

Iklan