'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah

Iklan
Fattah ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu.

PETALING - Pelakon, Fattah Amin mengakui masih menyayangi Nur Fazura Sharifuddin meskipun isterinya memfailkan permohonan penceraian pada 13 September lalu.

Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.

Iklan
Iklan

"Saya mohon doa daripada semua yang terbaik untuk kami dan saya masih berpegang dengan kenyataan sebelum ini (menyelamatkan rumah tangga).

"Saya masih sayangkan Fazura,” katanya.

Iklan

Fattah juga memberitahu dia akan sedaya upaya menyelamatkan rumah tangganya seperti dimaklumkan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Fattah menjelaskan dia tidak melafazkan penceraian pada pagi ini dan enggan menjawab soalan spekulasi melibatkan isu curang.

Iklan

Peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong berkata, Fattah belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya.

Ini kerana pihak terbabit dalam kes ini sedang menyelesaikan terma bagi menyelesaikan isu semasa yang berkait dengan perkahwinan dan sekiranya berlaku penceraian.

"Saya ingin nyatakan dalam mahkamah sebentar tadi, pihak defenden telah menyatakan setakat ini belum setuju atau sedia untuk bercerai dengan baik kerana pihak dalam kes ini sedang cuma memuktamadkan terma secara baik isu yang berkait semasa perkahwinan dan sekiranya berlaku penceraian.

"Jadi perkara itu adalah perlu untuk pihak menyelesaikan secara baik dan muktamadkan terlebih dahulu agar mereka selepas ini tidak perlu memanjangkan perkara yang belum selesai.

"Saya berdoa kedua pihak dapat menyelesaikan dengan baik. Dan sekiranya sedemikian, akan nyatakan pendirian pada 7 Oktober ini untuk bersetuju penceraian secara baik,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguh kes permohonan cerai Fazura kepada 7 Oktober ini.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.

Pasangan pelakon terkenal ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.

Fazura tiba di Mahkamah jam 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama empat pengawal peribadi. - Awani