LG lancar produk inovasi terbaharu LG PuriCare™️ AeroFurniture

Iklan
Justin Choi (tengah) menunjukkan produk terbaharu LG PuriCare™️ AeroFurniture. Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan LG PuriCare™️ AeroFurniture sebagai produk inovasi baharu yang menggabungkan fungsi pengecasan tanpa wayar, meja sisi dan penulenan udara 360 darjah.

Pengarah Urusannya, Justin Choi berkata, ia membawa ciri minimalisme dan kefungsian luar biasa untuk setiap ruang moden dengan tiga pilihan warna iaitu Graphite, Clay Brown serta Essence White.

Justin Choi berucap pada Majlis Pelancaran LG PuriCare™️ AeroFurniture pada Rabu. Foto: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan
Iklan

"LG PuriCare AeroFurniture direka untuk melengkapkan gaya dalaman moden atau klasik, ia bukan sahaja boleh dijadikan titik fokus visual tetapi mampu menambah sentuhan keanggunan di setiap ruang rumah anda.

"Estetika berciri minimalis dapat dilihat daripada struktur meja yang kemas dan ringan yang menjadikannya ideal untuk ruang tamu, bilik tidur atau pejabat.

Iklan

Mengulas lanjut, Choi memaklumkan, selain reka bentuknya yang menarik perhatian, LG PuriCare™️ AeroFurniture memastikan persekitaran kediaman pengguna kekal sihat dan bergaya.

Ujarnya, sistem penapisan HEPA 360 darjah direka bentuk untuk menghapuskan hingga 99.999 peratus bakteria bawaan udara dan zarah debu ultra-halus sekecil 0.01/aı yang memastikan penulenan udara menyeluruh dari setiap sudut.

Iklan

"Selain itu, produk ini juga dilengkapkan dengan teknologi UVnano™️ yang dapat mengurangkan bakteria pada bilah kipas dengan berkesan untuk peredaran udara yang bersih dan selamat.

"Di samping fungsi terasnya sebagai penulen udara dalam bentuk meja, LG PuriCare™️ AeroFurniture menampilkan pencahayaan mood yang boleh diubah suai supaya anda dapat menetapkannya mengikut keadaan.

"Terdapat lapan pilihan warna dan kecerahan boleh laras. Untuk memudahkan lagi penggunaan produk ini, pencahayaan serta fungsi penulen udaranya boleh dikawal dengan mudah melalui aplikasi LG ThinQ," jelasnya.

Tambah beliau, LG PuriCare™️ AeroFurniture juga beroperasi pada paras hingar yang sangat rendah iaitu hanya 21dB yang lebih senyap daripada perpustakaan dan serupa dengan gemersik bunyi daun untuk penulenan udara menenangkan.

Katanya, produk tersebut khas untuk pengguna yang meminati kesempurnaan dalam kehidupan, di mana setiap butiran direka dengan teliti dan setiap elemen ada tujuannya.

"Kami percaya yang ia akan menarik minat mereka yang ingin meningkatkan ruang kediaman dengan produk cantik dan praktikal," ujar beliau.