Kerajaan lulus RM500,000 lebarkan jalan di bandar Kluang - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan meninjau lokasi projek pembesaran jalan di persimpangan Jalan Ayer Hitam, Jalan Mengkibol, Jalan Station dan Jalan Mersing pada Rabu.

KLUANG - Masalah kesesakan trafik di pusat bandar Kluang, khususnya di persimpangan Jalan Ayer Hitam, Jalan Mengkibol, Jalan Station dan Jalan Mersing bakal berakhir apabila projek pembesaran jalan terlibat akan siap dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM500,000 bagi projek pembesaran jalan di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan projek berkenaan, kesesakan yang berlaku di persimpangan jalan itu, terutamanya pada waktu puncak dapat diatasi.

"Peruntukan bagi projek pembesaran jalan ini sebenarnya sudah lama diluluskan iaitu sebelum adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota lagi.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pembesaran jalan tersebut merupakan antara beberapa projek yang diluluskan Kerajaan Pusat untuk manfaat penduduk di sekitar daerah Kluang termasuk di DUN Mahkota dan DUN Mengkibol.

Sebelum ini, beliau menjelaskan Kerajaan Pusat juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membina longkang untuk mengatasi masalah banjir di Jalan Padang Tembak serta pembinaan jambatan baharu dua lorong di Kampung Sri Tengah dengan peruntukan sebanyak RM9 juta.

Iklan

"Kesemua peruntukan bagi projek itu telah diluluskan sebelum adanya PRK DUN Mahkota, ini membuktikan perhatian Kerajaan Pusat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di daerah Kluang dibuat sepanjang masa, bukannya bermusim iaitu ketika adanya PRK," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pentingnya untuk penduduk DUN Mahkota memastikan wakil rakyat mereka sealiran dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

"Disebabkan tiga wakil rakyat di bawah Parlimen Kluang sebelum ini adalah daripada Kerajaan Pusat, jadi mudah untuk mereka memohon bantuan dan mudah juga untuk diluluskan.

"Itulah kelebihannya jika penduduk DUN Mahkota sealiran dengan kerajaan Pusat dan situasi ini sebenarnya bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh negara yang mana dalam sistem demokrasi, siapa yang menang ada kelebihan berbanding mereka yang menjadi pembangkang,” ujarnya.