MOTAC akan beri maklum balas isu daftar masuk hotel 4 petang - Fahmi

Iklan
Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa jam 4 petang.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai keluhan rakyat di media sosial berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini, saya akan panjangkan kepada MOTAC untuk memberi maklum balas," katanya menerusi sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Minggu ini tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam 4 petang dan keluar pada jam 11 pagi.

Iklan

Perkara itu mencetuskan perbincangan warga maya yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Iklan

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel menjelaskan pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan.