Penamatan Mohd Khairuddin ikut prosedur - Fahmi

Iklan
Laporan Sinar Harian

PUTRAJAYA - Penamatan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang disandang oleh Dr Mohd Khairuddin Othman adalah dibuat berlandaskan prosedur.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai alasan penamatan Mohd Khairuddin pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

"Saya sahkan beliau ditamatkan perkhidmatan.

"Dalam jawatan isu kontrak, mana-mana jawatan ada prosesnya. (Penamatan) Ia teratur," katanya menerusi sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, jawatan berkenaan telah dipangku oleh individu lain.

Mohd Khairuddin mendedahkan beliau ditamatkan jawatan itu selepas hanya enam bulan dilantik.

Iklan

Beliau juga enggan mengulas mengenai alasan penamatan tersebut dan meminta pihak media mendapatkan penjelasan daripada Fahmi.

Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum itu disandang Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.