Demi maruah sebagai wanita, Fazura nekad teruskan cerai

Iklan
Fazura memuat naik foto hitam putih dia bersama anak kesayangan, Fatima di Instagram pada Rabu.

KONFLIK rumah tangga membabitkan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura hangat diperkatakan sejak pagi Rabu.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu telah menangguhkan kes perceraian pasangan itu ke 7 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Fazura menerusi akaun Instagramnya pada Rabu nekad untuk meneruskan penceraian meskipun keputusan itu bukan mudah untuk dilakukan.

"Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.

Iklan

"Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.

"Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz," ujarnya.

Iklan

Fazura (kiri) menerusi akaun Instagramnya pada Rabu nekad untuk meneruskan penceraian meskipun keputusan itu bukan mudah untuk dilakukan.

Dalam masa sama, bintang Hero Seorang Cinderella itu turut memohon semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya.

"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga," tulisnya.

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri oleh komen warganet dan rakan-rakan artis yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja.

Sementara itu, Fattah seolah-olah 'membalas' hantaran Fazura dengan berkongsi gambar isteri dan anaknya itu.

"Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy tetap sayangkan kalian berdua," tulisnya ringkas.

Rata-rata peminat mengharapkan Fattah tidak berputus asa untuk memujuk Fazura kembali serta mengharapkan rumah tangga mereka dapat diselamatkan.