Lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA disyaki akibat paip kumbahan bocor

Iklan
Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, KLIA. Foto KKR

PUTRAJAYA - Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan lubang mendap itu dikesan hari ini jam 10 pagi tadi.

Iklan
Iklan

KKR menyatakan laluan berkenaan boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) di kawasan itu.

Tindakan yang diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan TMP oleh MAHB dan laporan terperinci akan dikeluarkan oleh MAHB setelah selesai siasatan dibuat, mengikut KKR.

Iklan
Iklan

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh MAHB. - Bernama