[VIDEO] SKMM tidak terima laporan parodi GISBH

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang laporan mengenai parodi yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, SKMM memantau setiap kandungan yang berkaitan.

Iklan
Iklan
Fahmi Foto fail Bernama

"Setakat ini kami tidak menerima sebarang aduan.

"SKMM akan mengambil tindakan untuk mengadakan penyedia platform media sosial untuk menurunkan kandungan sekiranya menerima arahan daripada PDRM," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Rabu.

Ujar beliau, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai perkembangan GISBH.

Iklan

"Kita mendapat makluman terkini daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengenai tahap keselamatan dan kesihatan kanak-kanak GISBH yang kini di bawah jagaan kerajaan.

"Dimaklumkan entiti mereka telah berubah beberapa kali," katatanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, akses terhadap kandungan TikToK yang didakwa menjual gula-gula disyaki dadah telah disekat oleh penyedia platform.

Menurutnya, satu laporan polis turut dibuat oleh SKMM.

"Carian pagi tadi menunjukkan TikTok telah mengambil tindakan menurunkan kandungan ini. Walau bagaimanapun saya telah meminta SKMM untuk memperluaskan siasatan dan carian untuk mengenal pasti pihak lain yang cuba menjual dadah seperti ini di platform media bukan hanya TikTok," katanya.

Terdahulu warga maya mendedahkan penjualan gula-gula yang disyaki dadah itu giat dijual secara terbuka di TikTok.

Menurut individu yang membuat pendedahan di laman X, ramai telah terpedaya dan terjebak membuat pembelian kerana menganggap ia hanya gula-gula biasa seperti lolipop.