Ibu bapa perlu kenal pasti masalah anak

Iklan
Dr Subash menyampaikan hujah pada Wacana Sinar ke-154: Kanak-kanak Masalah Spektrum Autistik (ASD): Cabaran Dan Masa Depan yang berlangsung di Dewan WUI, Bangunan Sinar Harian di sini semalam. -Foto: Rosli Talib

SHAH ALAM - Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, Profesor Dr Subash Kumar Pillai menyarankan ibu yang mempunyai anak autisme supaya mengenal pasti permasalahan yang dihadapi anak-anak sebelum mendapatkan rawatan berkaitan.

Menurutnya, mengenal pasti masalah yang dialami anak-anak autisme lebih penting daripada penyakit itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Jika anak-anak kita tidak bercakap atau suka melakukan perkara yang berulang dan tidak berkawan itu seharusnya yang perlu ditangani terlebih dahulu berbanding mencari kaedah rawatan terbaik.

"Kalau dia lambat bercakap dalam tempoh masa-masa tertentu, maka kita perlu menghantarnya untuk melakukan terapi dan fokus pada permasalahan utama mereka,” katanya selaku panelis pada Wacana Sinar ke-154: Kanak-kanak Masalah Spektrum Autistik (ASD): Cabaran Dan Masa Depan yang berlangsung di Dewan WUI, Bangunan Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Subash turut berpendapat kadar pesakit autisme di negara ini masih berada di tahap yang sama, namun cara mengenal pasti penyakit itu ketika ini lebih menyeluruh.

"Sebagai contohnya jika dahulunya dikenali sebagai sindrom Asperger, tetapi sekarang ia tergolong dalam kategori ASD.

Iklan

"Apa pun bagi saya, janji pesakit itu boleh bercakap sudah mencukupi kerana banyak benda yang kita boleh lakukan berbanding dengan ‘autistic disorder’ atau klasik autisme,” katanya.

Mengulas mengenai punca penyakit autisme itu boleh berlaku, Dr Dr Subash mengakui sehingga kini faktor utama yang menyebabkan penyakit itu berlaku masih belum dapat dikenal pasti.

"Bagaimanapun jika kita mencarinya di internet terlalu banyak maklumat berkenaan faktor itu, tetapi tanpa fakta kukuh.

"Namun ada sesetengah faktor mungkin ada hubung kaitnya seperti umur ibu bapa, masalah masa mengandung dan ketika melahirkan anak yang menyebabkan masalah autisme itu boleh berlaku,” katanya.