Pusat jagaan warga emas di Jalan Kebun dilanda banjir kilat

Iklan
Keadaan pusat jagaan warga emas, Bait Al Mawaddah dilanda banjir kilat pada Rabu.

SHAH ALAM - Rumah jagaan warga emas Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini dilanda banjir kilat pada Rabu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi hantaran dimuat naik di Facebook berkongsi keadaan dalam bangunan berkenaan ditakungi air dianggarkan setinggi 0.3 meter.

Iklan
Iklan

LZS memaklumkan, proses pemindahan penghuni rumah tersebut ke lokasi selamat sedang dilakukan.

"Allahuakbar. Semoga ayahanda dan ibunda di sana semua selamat.

Iklan

"Mereka dalam proses pemindahan ke Kem Bumi Jati," menerusi perkongsian di Facebook.

Bait al-Mawaddah ditubuhkan pada 2014 untuk memberi perlindungan kepada warga emas terdiri daripada asnaf fakir dan miskin yang tidak terbela.

Iklan

Penghuni terdiri mereka yang hidup sebatang kara atau mempunyai waris, namun tidak berkemampuan untuk menjaganya.