TOKYO - Seorang wanita disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas ditemukan berhampiran sungai di Wilayah Ishikawa, Jepun menjadikan jumlah korban akibat hujan lebat luar biasa meningkat kepada sembilan orang, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.
Pihak polis masih meneruskan operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang dan setakat jam 10 pagi waktu tempatan pada Rabu, terdapat enam lagi individu yang masih tidak dapat dikesan, menurut penyiar awam NHK.
Sebuah rumah yang rosak akibat banjir berikutan hujan lebat di bandar Wajima, wilayah Ishikawa pada 23 September 2024. Foto AFP