Wajib batal kerjasama dengan Israel - Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Adalah menjadi satu kewajipan membatalkan segala kerjasama dan tidak menormalisasikan hubungan dengan rejim Zionis, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, susulan boikot yang dilakukan, ia akan memberi impak terhadap ekonomi Israel.

Iklan
Iklan

"Ini kerana majoriti sumber ekonomi global berasal dari negara-negara Islam antaranya minyak dan hasil mahsul yang lain juga berasal dari negara Islam.

"Di samping itu kedudukan strategik dari Selat Melaka ke Selat Bab al-Mandab hingga ke Gibraltar berada di wilayah Islam,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Iklan

Tambah Abdul Hadi, penyatuan antara umat Islam dan kerajaan akan membentuk pengaruh kuat untuk menghadapi rejim Zionis.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 mengakibatkan 41,391 rakyat Palestin terbunuh dengan lebih 95,760 lagi cedera.

Iklan

Selain itu, ribuan mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan yang tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan Israel.