Banjir di Kedah makin pulih, jumlah mangsa menurun kepada 2,942 orang

Iklan
Baki mangsa banjir ditempatkan di 20 PPS di empat daerah terjejas iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

ALOR SETAR - Keadaan banjir di Kedah makin pulih apabila jumlah mangsa banjir di Kedah semakin turun kepada 2,942 membabitkan 939 keluarga setakat jam 4 petang pada Rabu.

Berdasarkan Info dikeluarkan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah tersebut menurun berbanding 5,747 orang daripada 1,838 keluarga setakat jam 5.04 petang pada Selasa.

Iklan
Iklan

Penurunan jumlah mangsa menyaksikan sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup manakala baki mangsa ditempatkan di 20 PPS di empat daerah terjejas iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Kota Setar masih mencatatkn jumlah tertinggi mangsa iaitu 1,576 orang daripada 521 keluarga di lapan buah PPS diikuti Pendang menempatkan 1,220 orang daripada 366 keluarga yang berada di 10 PPS.

Iklan

Sukarelawan Persatuan Atlet-Atlet Legenda Negeri Kedah membantu membersihkan rumah Hasnah daripada kesan banjir di Kampung Seberang Pumpong, Bakar Bata, Alor Setar pada Rabu.

Di Kubang Pasu, mangsa telah menurun kepada 82 orang daripada 27 keluarga di satu PPS dan Pokok Sena pula menyaksikan 64 mangsa daripada 25 keluarga juga ditempatkan di satu PPS.

Iklan

Tinjauan mendapati mangsa banjir telah pulang untuk membersihkan kediaman masing-masing.

Seorang mangsa, Hasnah Saad, 60 yang tinggal di Kampung Seberang Pumpong, Bakar Bata, di sini berkata, pada hari kejadian, air Sungai Anak Bukit naik mendadak menyebabkan rumahnya yang terletak di tepi sungai dimasuki air.

Menurutnya, beberapa barangan dan peralatan sempat diselamatkan sebelum berpindah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman.

"Tahun 2010 lagi besar banjir kena pindah di stadium, tahun lepas pun banjir juga dan pindah di SK Suka Menanti.

"Mak cik dah biasa kalau hujan lebat tapi takut lah air masuk dalam rumah," katanya yang gembira selepas dibantu pasukan sukarelawan dari Persatuan Atlet-Atlet Legenda Negeri Kedah yang dketuai bekas atlet angkat berat kebangsaan, Firdaus Abdul Razak.

Firdaus (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hasnah selepas membantu membersih rumahnya daripada kesan banjir di Kampung Seberang Pumpong, Bakar Bata, Alor Setar pada Rabu.

Jelas Firdaus, Hasnah adalah ibu kepada atlet Orang Kurang Upaya Kedah, Noor Nasri Md Saad yang kini sedang bertanding di Sukan Para Sukma 2024 di Sarawak dalam acara sukan powerlifting atas 49 kilogram.

"Matlamat kita satu saja untuk permudah urusan masyarakat agar Kembali ke rumah masing-masing, menyempurnakan apa yang kekurangan, apa yang kita boleh bantu dari segi barangan, duit dan juga bantu dari segi cuci untuk kembali balik ke rumah," katanya.