[VIDEO] Asyraf Wajdi terjah premis Mara, banyak lot perniagaan ditutup

Iklan

SHAH ALAM - Tiada lagi kompromi buat penyewa premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang masih berdegil melanggar perjanjian sewaan termasuk menjadikan premis itu sebagai stor.

Asyraf Wajdi menerjah plaza Mara di bandar Kluang, Johor dan mendapati banyak premis tidak dibuka.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah mengeluarkan arahan kepada semua pengarah Mara untuk mengambil tindakan tanpa berlengah.

Iklan
Iklan

"Tiada lagi kompromi kepada penyewa-penyewa yang culas dan saya minta semua pengarah Mara negeri dan daerah untuk ambil tindakan segera,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Asyraf Wajdi

Pada 19 Julai lalu, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, tindakan mahkamah menanti penyewa premis Mara yang masih berdegil melanggar perjanjian sewaan.

Iklan

Jelas beliau, tindakan mahkamah berkenaan dibuat bagi mendapatkan perintah pengosongan dan pengeluaran saman terhadap penyewa terbabit.

Susulan itu, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa beliau bakal mentransformasikan premis perniagaan mara dengan imej baharu yang lebih segar dan menarik.

Iklan

"Bukan itu sahaja, ia (transformasi premis Mara) juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan baharu yang mahu menapak dan membangunkan perniagaan mereka,” ujarnya.